HIJRAH HANDSOCK RESTOCK ANNOUNCEMENT

 SIS NAK KE KAMI OPEN ORDER SEGERA?

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Assalammualaikum Sis,

Niny nak minta maaf sebab tunggu lama untuk kami restock Hijrah Handsock.

Dan Niny nak ucapkan terima kasih sebab sanggup menunggu berbulan - bulan untuk Hijrah Handsock ni.

Thank you for your patience and your trust. It means a lot to us here at Nyleascarf.

KENAPA SETIAP KALI LAMBAT UNTUK RESTOCK HIJRAH HANDSOCK NI?

Proses yang kompleks. 

Hijrah Handsock ni di design untuk capai 2 benda:

1 - Menolong Muslimah untuk menutup aurat tangan dengan lebih sempurna.

2 - Menolong Muslimah untuk terus istiqomah dalam menutup aurat tangan.

Kebanyakkan Muslimah yang suka dengan Hijrah Handsock ni adalah sebab selesa, sejuk, simple dan feedback yang paling banyak kami terima ialah bila pakai Hijrah Handsock ni rasa macam tak pakai apa - apa. Ini menjadi antara asbab senang untuk istiqomah.

Hijrah Handsock menggunakan material cotton yang mempunyai thread count yang tinggi dan tak banyak supplier yang ada material ni. Jadi masalah pertama kami adalah untuk dapatkan (sourcing) supply material yang stabil.

Cutting & Design Hijrah Handsock juga mainkan peranan. Untuk hasilkan satu pasang Hijrah Handsock, ada 11 langkah yang diperlukan. Dari cara potongan, ketegangan kain, rintangan kain, rintangan getah, posisi ira kain, ketebalan jahitan, posisi label, ketepatan ukuran,  semuanya diambil kira. 

Kebanyakkan kilang jahit boleh keluarkan Handsock dalam kuantiti 1,500 - 2,000 pasang sehari. Bagi Hijrah Handsock pula, kami cuma boleh keluarkan 350 pasang sehari sahaja, dan ini dengan kapasiti maksimum kilang kami, demi menjaga kualiti produk Hijrah Handsock.

Semua ini untuk pastikan bila Muslimah, macam Sis, pakai Hijrah Handsock, akan rasa selesa dan tak rimas. Menyenangkan Sis untuk terus istiqomah dalam menutup aurat tangan. Insya Allah.

NINY DALAM DILEMA

Setakat hari ni, 12/8/2022, pukul 6:45 pagi, ada 5,258 orang dalam waiting list Hijrah Handsock, dan akan bertambah setiap hari.

Ini belum dicampur dengan yang subscribe Official Telegram Channel & Newsletter Email kami. Jadi, bilangan nya lebih tinggi dari 5,258 orang.

Di Nyleascarf, kami selalu dahulukan yang berdaftar dengan kami sebelum kami release ke public.

Cumanya, untuk Pre Order dalam masa terdekat ni, kami hanya akan mula post out pada hujung bulan 8 kerana stok masih dalam production, jadi, ada yang berminat tak?

Kelebihan Pre Order ni, peluang Sis untuk dapatkan Hijrah Handsock dalam warna yang Sis nak tu lebih tinggi. Kalau dah sold out, kena tunggu pula next batch.

Pembelian Pre Order ni cuma dibuka untuk 7 hari sahaja, dengan combo pembelian Buy 4 Free 1 (bila kami release ke public, combo Buy 4 Free 1 ni tak akan ada lagi, akan digantikan dengan combo lain).

Kalau Sis berminat, boleh tolong isi borang di bawah ni? Kalau bilangan yang nak melebihi separuh daripada 5,258 orang, Niny akan buka Pre Order bermula Isnin, 15/8/2022 ni.

Terima Kasih Sis.
Shopping cart
There are no products in the cart!
Continue shopping
0