Sebagai seorang ibu muda, terutamanya bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil ataupun bayi, sangat penting bagi anda untuk merancang perjalanan dengan baik ketika keluar bercuti mahupun outing di hujung minggu. Berikut kami sediakan tips penting dan mudah bagi anda.

Perancangan awal

Sebelum memulakan sesuatu perjalanan, amat penting untuk merancangnya terlebih dahulu. Tentukan tempat-tempat yang ingin dilawati, tempat tinggal, bekalan dan keperluan-keperluan lengkap yang perlu dibawa supaya memudahkan urusan ketika sampai di destinasi nanti. Selain itu, anda juga perlu merancang waktu yang paling sesuai untuk bercuti bersama anak-anak. Sekiranya anda merancang untuk bercuti pada waktu cuti persekolahan, pastikan anda tidak memilih waktu awal atau hari pertama cuti persekolahan untuk mengelakkan kesesakkan.

Jaga mood anak-anak

Ketika bercuti juga, mood anak-anak perlu dijaga kerana mood anak-anak juga akan memberi kesan kepada mood ibu, setuju? Bila anak-anak dah mula buat perangai, ibu akan menjadi lebih stress dan keadaan seperti ini akan menjadikan suasana percutian anda lebih suram dan tidak seronok. Jadi pastikan anda membawa peralatan atau mainan yang diingini mereka untuk menghilangkan rasa bosan terutamanya ketika perjalanan yang agak panjang. Sebagai contoh, anak-anak anda sukakan anak patung ataupun colouring books. Bawa bersama peralatan itu untuk mereka gunakan ketika mereka bosan. Perlu anda ingat, mood anak-anak sukar dijangka, lebih-lebih lagi dalam keadaan percutian yang panjang dan memenatkan. Jadi sebagai ibu, anda juga perlu menyesuaikan jadual aktiviti yang dirancang dengan ragam anak-anak agar anda juga menikmati percutian dengan aman.

pack smart

Ini juga adalah antara perkara yang sangat penting untuk dititikberatkan. Pastikan anda membuat satu checklist pakaian yang perlu dibawa ketika bercuti. Pakaian yang hendak dibawa itu juga perlulah bersesuaian dengan aktiviti. Jangan pula nanti bawak 10 pasang baju, tetapi hanya menggunakan 5 pasang. Membazir tenaga bukan? Bagi ibu yang mempunyai anak yang masih kecil seperti bayi, gunalah tudung yang lebih simple dan mudah untuk digayakan. Contohnya seperti tudung sarung instant ataupun tudung yang hanya memerlukan minimal ironing. Nanti tak pasal-pasal anak tarik tudung, terus jadi senget-benget tudung tu. Perempuan kan cepat hilang mood kalau tudung mereka tak menjadi. Hehe

Harapnya semua tips yang diberikan dapat membantu awak untuk persiapan pergi outing nanti.

Copyright © 2020 NYLEASCARF (SA0406502-W). All rights reserved
userclosearrow-circle-o-downheadphonesbars
Shopping Cart
There are no products in the cart!
Continue Shopping
0
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram