My Hijrah Story : Syafinaz

|
18 February 2022
by
Guest Contributor
Share This Article
Allah sangat kasih dan penyayang ke atas kita semua dan apabila kita sentiasa cuba berbuat baik, pada diri sendiri dan mereka di sekeliling kita, pastinya Dia akan sentiasa bersama kita 

Mula berhijab sewaktu remaja. Setelah beberapa dekad berlalu dan melalui pelbagai fasa, on and off, hijrah seterusnya adalah untuk cuba cara pemakaian yang lebih mengikut syariah (syariah compliant). Di sini cabaran saya kerana tidak pasti bagaimana untuk bermula. Saya mula dengan memakai pakaian yang longgar. Kemudian, saya cuba labuhkan tudung/hijab menutupi dada. Mula rasa lebih selesa, selamat dan lebih tenang. Kemudian kalau tak silap, dalam 2 atau 3 tahun ini, saya cuba mengenakan stokin kaki apabila keluar. Again, rasa semakin selesa dan yakin.

Namun saya ada terlintas rasa sesuatu kurang lengkap. Then, saya terfikir what if saya try pakai handsocks. How does it feel?? Then, sy cuba beli handsocks randomly, okay tapi macam2 lah, material tak sesuai, gatal, melorot dan macam2 lagi. Cabaran sedemikian mem buatkan rasa kurang yakin timbul semula. So on and off it goes.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat biasakan diri, rasa semakin serasi mengenakan handsocks daily. Saya make a point untuk memakai handsocks seperti pakaian seharian. Saya harap proses penghijrahan ini akan berkekalan dan saya akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri saya semoga lebih istiqamah. Honestly it’s not easy, but it is possible. Dan sangat-sangat penting, the circle that we’re mixing with in our lives. They do influence us in one way or another. It is up to us untuk ambil contoh yang sesuai dengan diri kita untuk dijadikan panduan hidup kita ke arah yang lebih baik lagi.

Allah sangat kasih dan penyayang ke atas kita semua dan apabila kita sentiasa cuba berbuat baik, pada diri sendiri dan mereka di sekeliling kita, pastinya Dia akan sentiasa bersama kita. Percaya pada diri dan Dia yang maha pengasih dan penyayang. InsyaAllah.

Mohon maaf andai ada tersilap kata. Terima kasih atas peluang yang diberikan ini Nyleascarf 🙏🏼

Artikel ini disumbang oleh salah seorang pengguna Nyleascarf, Cik Syafinaz (@ms.syafinaz - Instagram). Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari pengalaman beliau. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Shopping cart
There are no products in the cart!
Continue shopping
0